Bangsa Johor mengundi. – Rakyat 1Malaysia percaya DSN telah difitnah. Rakyat 1Malaysia percaya kepada mahkamah, hakim, peguam dan siapa saja yg kata DSN telah difitnah. In shaa Allah

https://bjm.art.blog/

Advertisement

No 1.

Michael H. Hart, pengarang buku “100 orang tokoh yg paling berpengaruh di Dunia” menempatkan *Nabi Muhammad SAW* di peringkat 1 dlm bukunya, dan beliau membutuhkan waktu 28 tahun riset, penelitian dsb untuk menyelesaikan bukunya tersebut.
Pada saat beliau memberikan kuliah dan seminar di London, beliau di cemooh, diejek, dan di interupsi, mereka mempertanyakan buku beliau yang menempatkan Nabi Besar *Muhammad SAW* sebagai org yg paling berpengaruh di Dunia di peringkat 1.sedangkang dia sendiri sebagai penulis buku beragama kristen protestan.
Beliau menjawab :
*”Baginda Rasulullah SAW* berdiri tegak sendirian di Mekkah pada tahun 611, dan menyatakan ke semua orang disana saat itu : ” Aku adalah nabi dan utusan Allah”.
Hanya 4 orang yg percaya kepada beliau saat itu, Sahabatnya, Istrinya dan Dua orang anak kecil, !!
Saat ini, setelah lebih dari 1400 tahun, pengikut beliau, umat muslim sudah mencapai lebih dari 1 Milyar orang, dan masih terus bertambah..
Jadi, *Nabi Muhammad SAW* jelaslah bukan pembohong, karena kebohongan tidak akan pernah bertahan setelah lebih dari 1400 tahun!!..dan anda tidak akan pernah mampu membohongi 1 Milyar manusia, !! Kalau militer, polisi dan pramuka didalam melakukan baris berbaris kompak banget karena mereka dilihat langsung sama komandannya, tapi beliau kalau mimpin sholat sangat kompak sekali meski dibelakanginya semua umatnya. Kalau beliau takbir semua kompak takbir, kalau beliau ruku semua ikut ruku dan kalau beliau sujud semua ikut sujud. satupun ngga ada yg berbeda meski ada yg ketinggalan rokaat dalam keadaan ruku atau sujud mereka para ma’mumnya mengikutinya dgn takbirotul ihrom terlebih dahulu.
Tambahan lagi yg harus anda renungkan, setelah semua yg terjadi selama ini, ratusan juta umat muslim ini tidak akan pernah Ragu untuk mengorbankan Jiwa Raga mereka jika ada yg mencoba menodai nama baik Nabi mereka yg tercinta tersebut !!!

Apakah diantara Anda pengikut Kristiani ada yg sanggup berbuat seperti itu terhadap Jesus?..

Setelah itu yg ada hanya keheningan yg mencekam dan lama di auditorium tersebut..

Jika anda mencintai *Rasulullah SAW* bagikan hal ini ke seluruh saudara muslim yg lain, dlm hitungan detik akan milyaran umat muslim akan mengucapkan

*LAA ILAHA ILLA ALLOH MUHAMMADUR RASULULLOH*

Sebarkan, anda tidak akan merugi sedikitpun..
Wallahu, ..

Bon Odori.

BON ODORI MANIFESTASI BODOH SOMBONG UMMAT INI!

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Jamak agama atau Pluralisme agama di atas nama kebebasan berekspresi, kebebasan berfikir, mematikan kejumudan adalah barah yang sedang membaham umat Islam. Segala nasihat, teguran dan saranan ulama dan pihak berkuasa hanya dibakulsampahkan oleh sebahagian umat Islam. Parah lagi apabila pemimpin MUDA yang “sok progresif” memperlekehkan nasihat JAKIM ,Menteri Agama ,malah barisan Mufti yang cakna akan akidah ummat Islam. Umat ini semakin sakit dalam zaman edan, menghina ar Rasul SAW , melecehkan Allah dan apa yang berkaitan dengan Islam seolah menjadi trend baru, bahkan didokong oleh kuffar dengan segenap bentuk pembelaan.

Ditegur agar tidak menghadiri sambutan Bon Odori, namun seperti mencurah air kedaun keladi, 35 000 umat Islam tetap terliur untuk meraikan atas nama kebudayaan sedangkan peringatan telah diberikan kepada mereka dua bulan yang lepas. Penyakit bodoh sombong semakin menggebu, lihat dalam setahun ini pelbagai acara kemungkaran akan diadakan, Konsert Justin bieber, Konsert Black Pink, Konsert Dewa dan lain-lain acara menuai dosa akan tetap dilakukan walau dibantah atau dinasihatkan agar tak dilaksanakan. Pandemik kovid 19 tetap tak mendamaikan sukma walaupun puluhan ribu berpindah ke alam barzakh,alangkah sakitnya ummat ini.

Negara kita minggu ini menyaksikan polemik sambutan perayaan Bon Odori yang menghimpunkan 35 000 peserta yang kebanyakannya adalah Muslim, satu perayaan yang berasal daripada Jepun yang diamalkan sejak 500 tahun dahulu. Perayaan ini bukan sekadar santai budaya namun meliputi ritual memuja roh nenek moyang yang diklasifikasikan oleh pihak otoriti agama sebagai syirik terhadap Allah. Menteri Agama (JPM), Datuk Idris Ahmad telah menegaskan agar ummat Islam menjauhi perayaan ini agar tidak tergelincir akidah . Respon yang sama muncul daripada Mufti Pulau Pinang agar ummah menjauhi acara ritual ini. Di negara kita, dalam tahun 1977, perayaan ini dirayakan oleh kelompok ekspatriat Jepun, namun akhirnya kuat tarikan pesonanya digemburkan oleh umat Islam sendiri.

Betapa tololnya umat ini daripada kelas ningrat sehinggalah kutu jalanan yang mempunyai peranti pintar. Tanpa ilmu dan rasa malu kepada Allah, masing- masing memberikan pandangan bermuarakan akal nafsu agar perayaan Bon Odori mempunyai kewajaran untuk disambut. Ini termasuk langkah sumbang kerajaan Selangor yang memberikan keizinan untuk perayaan Bon Odori disambut (lega barangkali apabila PAS bukan sebahagian daripada kerajaan Selangor). Akira Takasaki dan Minoru Hirata pun tidak pernah menyeru agar disambut perayaan puja ruh nenek moyang ini walaupun mereka berbangsa Jepun yang menganut agama Buddha Shinto!.

Dengan terjahan dunia langit terbuka, kelompok penyokong pluralisme agama ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Diruang komen medsos , Menteri Agama serta mufti dimaki secara berjemaah seolah-olah melakukan proses Talibanisasi ditanah leluhur ini.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman pluralisme agama sebagai cabang daripada kesesatan Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai lokasi dan kondisi. Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Isu menyanggah pluralisme agama bukanlah perkara baru, antara yang pernah menjadi isu ialah tentang sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot, dogmatik atau berfikiran tertutup.

Pada pandangan akal sempit mereka mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syariat yang qatie. Antara hukum-hakam syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula . Wahai umat Islam jauhi perayaan Bon Odori, jangan jadi manusia tolol yang menolak peringatan yang diberikan oleh ar Rasul SAW.
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka termasuklah mereka dalam kaum tersebut”.

Hidup ini sangatlah singkat, berusahalah untuk mengisinya dengan kebaikan dan memugar ladang pahala. Meneguk maksiat dan mungkar memanglah lazat kerana neraka itu dilingkari dengan keseronokan dan syahwat manakala shurga dilingkari dengan kepayahan dan kejerihan. Jauhilah pemimpin yang jahil dan buta agama , kerana ianya akan menarik berbondong pengikut ke Saqar kesengsaraan !

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)