Assalamalaikum.

*#ASSALAMUALAIKUM WBT#*

*#RENUNGAN SUBUH#*

*_Muslim Paling Baik_*

*عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ*

*Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW;*

*_”Islam manakah yang paling baik?”_*

*Nabi SAW menjawab:*

*_”Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”._*
(Sahih Bukhari No: 12) Dar Ibn Kathir. Status: *_Hadis Sahih_*

*Pengajaran:*

1. *_Muslim yang paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain sama ada yang dikenali atau tidak._*

2. *_Mengucapkan salam kepada orang Islam yang lain sama ada kita kenal atau tidak termasuk dalam kategori Muslim yang paling baik._*

3. *_JANGAN hanya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja!_*

*_Jadilah kita muslim paling baik dengan sering menjadi pemberi kepada orang lain sama ada dalam bentuk makanan mahupun ucapan salam tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak._*

*_Negara Rahmah Ummah Sejahtera_*

*#KeluargaUtuh#*
*#MasyarakatProgresif#*
*#BinaNegaraRahmah#*

*Sabtu*
*23hb Julai 2022*
*23hb Zulhijjah 1443H*

Leave a Comment